Sunday, November 1, 2009
ZUCKERBERG GUNA FACEBOOK UNTUK BUNUH PENDUDUK PALESTIN!!!
Zaman ini sesiapa yang tidak tahu tentang facebook dikategorikan sebagai buta IT. Benarkah? Terpulanglah kepada anda. Tetapi sekadar berkongsi maklumat, apa sahaja bahan yang hendak dicari, anda hanya perlu menyentuh skrin maklumat yang terbentang.
Kembali kepada fenomena facebook, tahun lalu pengguna tetapnya menjangkau 140 juta orang. Tetapi baru-baru ini facebook mengeluarkan kenyataan, penggunanya meningkat kepada 240 juta orang. Satu angka yang cukup besar dalam tempoh setahun. Jadi tidak hairanlah jika facebook boleh menjana pendapatan hingga AS$300 juta pada tahun 2008. Lantaran sambutan yang menggalakkan, serta keuntungan yang lumayan, syarikat gergasi computer Microsoft telah membeli 1.6 peratus kepentingan facebook yang bernilai AS$240 juta pada tahun 2007. Bagaimanapun baru-baru ini, pengasanya Bill Gates salah seorang yang turut melayari facebook mengambil keputusan untuk menutup halamannya ekoran 10 00 orang yang tidak dikenali, berminat untuk menjadi kawannya. Terbaru syarikat Rusia, Digital Sky Technologies pula melabur sebanyak AS$200 juta dalam dalam web tersebut dan menjadikan nilai syarikat itu meningkat sebanyak AS$15 bilion.
Bagaimanapun dalam keghairahan melayari facebook , kerajaan Iran pada Mei 23 Mei lalu, mengambil keputusan menyekat akses facebook sempena pilihanraya presiden. Tujuannya menghalang para penyokong calon yang bertanding menggunakan halaman web itu untuk berkempen. Tindakan negara itu turut disusuli oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang mengharamkan facebook melalui fatwa yang dikeluarkan pada Jun yang lalu. Hujahnya laman web berkenaan menjadi penyebab kepada kelakuan tidak senonoh dan seks sebelum nikah.
Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat , wujud desas-desus yang mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza.
Antaranya blog majelis fathul bidayah yang mendedahkan pemilik kepada laman web tersebut. Daripada kajian yang dilakukan, facebook dimiliki oleh Mark Zuckerberg, seorang graduan sains computer dari Universiti Harvard. Zuckerberg adalah anak pasangan yahudi, Edarwd dan Karen Zuckerberg yang dibesarkan di Amerika Syarikat. Bapanya seorang doktor gigi manakala emaknya pakar perubatan. Zuckerberg dikatakan genius komputer sejak kecil lagi. Malah diceritakan, ketika berusia belasan tahun dia sudah pun mencipta satu mainan computer yang dinamakan Risk dan permainan muzik, synapse. Ketika facebook dilancarkan pada 4 Februari 2004 dari bilik asramanya, tujuannya untuk memudahkan mahasiswa Harvard berhubung antara satu sama lain. Bagaimanapun atas permintaan ramai ia dikembangkan ke universiti di sekitarnya.
APA KAITAN ZUCKERBERG DENGAN ISRAEL?
Semasa di universiti Harvard, Zuckerberg menjadi anggota Alpha Epsilon PI (AEPi) yang aktif. Alpha Epsilon PI adalah pertubuhan persaudaraan Mahasiswa Yahudi yang kuat di Amerika Syarikat AS dan Kanada. Kaitannya dengan Israel, berlangsung apabila ia dikatakan sebagai yang pertama dan satu-satunya pertubuhan persaudaraan di Israel. Pertubuhan persaudaraan Yahudi ini membuka keahlian kepada seluruh pelajar universiti berbangsa Yahudi di AS. Asas utama pertubuhan ini adalah membina semangat kepimpinan di kalangan mahasiswa Yahudi sekaligus menjadi pemimpin bangsa di masa akan datang yang benar-benar memahami, nilai dan etika Yahudi.
Manakala laman blog Rizki Yudhistira seorang pakar IT, memetik kata-kata yang yang dilontarkan olahJoel Leyden yang memanfaatkan sepenuhnya facebook untuk menyokong tentera Israel semasa peperangan di Gaza. Siapa sebenarnya Joel Leyden? Dia adalah wartawan, pemilik Israel News Agency dan mencipta laman web komersil pertama di Israel. Selain itu dia juga membuka laman web untuk Perdana Menteri dan tentera Israel.
Leyden mencipta facebooknya sendiri 3 jam selepas serangan pertama yang dilancarkan Israel ke atas Gaza. Menerusi facebook dia membakar semangat tentera Israel yang mempertahankan sempadan dan kedaulatan Israel. Ia menjadi medan perbincangan dan hamburan kata-kata semangat untuk tentera serta orang Israel.
Kenalan menyertainya mencapai 17 000 pada 30 Disember tahun lalu. Leyden mengambil peluang menggunakan facebook untuk mempengaruhi dunia bahawa Israel mempertahankan negaranya dari serangan pengganas Muslim di Semenanjung Gaza. Beserta dengan video youtube, Leyden cuba memberi penerangan yang lebih jelas kenapa Israel perlu melancarkan perang ke atas penduduk Gaza yang dilabelkan sebagai pengganas Islam.
Lain pula kisahnya di Indonesia, Kumpulan Cyber Jihad yang diketuai olah Muhammad Jibriel atau lebih dikenali sebagai Prince of jihad yang memperjuangkan suara Islam dan jihad di dalam dunia cyber, akhirnya tidak ‘diizinkan’ untuk melayari laman web tersebut. Suaranya yang cukup lantang telah menarik pihak pengurusan facebook untuk menutup akaun milik Kumpulan Cyber Jihad dan Arrahmah seperti yang dilaporka oleh eramuslim.com dan Arrahmah.
Di Indonesia facebook yang dikendalikan oleh kumpulan Arrahmah dan Cyber Jihad mempunyai keahlian yang paling ramai. Mereka tidak terkejut apabila facebook milik pejuang Islam itu ditutp kerana sudah maklum bahawa laman web sosial itu milik Mark Zuckerberg yang juga anggota Alpha Epsilon PI.
Soalnya, kenapa facebook milik Leyden tidak disekat tetapi facebook milik Cyber Jihad dan Arrahmah disekat? Sedangkan kedua-duanya mempunyai tujuan yang hampir sama iaitu membakar semangat pejuang masing-masing.
BAGAIMANA FACEBOOK MENDAPAT UNTUNG?
Menurut Rizki pendapatan utama facebook datang dari iklan yang banyak dipaparkan Dari penelitiannya iklan yang terdapat dalam facebook mempunyai sistem yang berbeza-beza. Misalnya menggunaka kaedah CPC (cost perclick) sekali klik $0.50. Jika di dalam masa satu hari ada 1000 orang yang klik pada iklan itu maka facebook akan memperolehi pendapatan $500. Itu baru satu iklan, cuba bayangkan jika ada 10 atau 20 iklan. Jumlahnya kiralah sendiri.
Jika itulah jumlah wang yang diperolehi, anda boleh membayangkan berapa pula disalurkan untuk membiayai peperangan di Gaza. Lebih malang sebahagian keuntungan itu disumbang oleh orang Islam. Dengan klik saja pada facebook kita turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
betul ker ni?setiap satu click akn mematikan umat islam gaza??
well... saya x pasti suma tuh but yg pasti nyer... saya x main Facebook... kolo nak ikutkan, ya, setiap satu click-ing akn menghasilkan duit dan duit itu utk beli 0.5g belerang dan belerang tu kolo dah byak bleh dijadikan bom DAN bom itu utk BOM ORANG GAZA!
sebnarnye byk perselisihn pndpat tntg laman2 sesawng komunikasi mcm fb,fs,ms,ym,dA n so on. nk diiktkn carian yg kte gnekn mcm yahoo, e2pon dri yahudi jgk..(yahooodi)..tp kte tpkse mggunaknye.xbleh nk kte btol xleh jgk nk kte slh.brkwn xslh tp jgn smp mlggar btsn syarak.xksahlh melalui medium ape sklipn..sesungguhnya sesuatu e 2 brgntung pd niat.innamal a'amaalubinniaat
zaman sekarang sape yg kesah bende2 nie weyh??haha
owh.. x kisah ek.. kang akhirat kelak jawab r macam tu depan ALLAH S.W.T,,
Post a Comment