Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Tuesday, October 15, 2013

Filem - KL Gangster 2



"... balik rumah peluk bini bikin anak..." Syamsul's ayat metafora for "... go f**k yo wife..." nice :D

akhirnye dah tengok filem ni DAN... whatd you even expect? its Syamsul Yusof's.

macam yg pertama juga, jalan citer nye yang turbo giler; first, diorang kat sini, pastu ada kat sana, n then bbrapa saat camtu ada kat tempat asal semula. serius, ada satu point aku rasa cam dah duduk tengok for like 1 jam lebih camtu tapi baru 45 minit. (btw, citer nyer 2 jam)

for guys, maybe like myself, constantly nak keep on track apa yang berlaku n implikasinye kepada yang filem pertamanye; like Jai bunuh isteri King, Syamsul ada sbb nak bunuh King masa filem yang pertama, how Syamsul be the Tailong, dan yang penting why Malek ended up in jail.

dan... too much 'gaduh', i think? aku tak nafikan lah, the fighting scene is amazing. aku yang camni pun ternganga. tapi, kalau dah setiap minit bergaduh, at some point i had enough.
omg, dier bertembung dengan kumpulan lain... mesti gaduh
omg, dier pi datang nak mintak hutang... mesti gaduh
omg, dier sje lalu kat random alley n ada orang random datang... mesti gaduh

:D its like every scene ada 90% chances akan ada scene gaduh. walaupun scene tu calm n tetiba GEDEBUK GEDEBAK BANG BANG BANG scene gaduh. and time gaduh-gaduh camtu and then "... wait the minute WHERE THE HELL HE COME FROM?"
(maybe should be title 'Gaduh Gaduh Gaduh 2; Gaduh Lagi')

AND... tu je lah kot.. i can dig the story, i really am. Maybe just calm down with the gaduh brah :D

oh btw, nice choices of 'metaphor' words.

kalau nak kata is it the best film of 2013? well.... its yes-no lah kepada yang actually tengok filem ni. kalau nak kata aku, filem ni macam satu pil dengan gaduhnye, flip-over cars, guns rage, dialog 'metafora' with extra family bonding n storylines compact in one single pill. take that pill and just enjoy the 'hype' moment. @v@

tapi hey, ini pandangan aku, mungkin korang ada pandangan lain yang lagi bernas. so, dont take my words total.

sekian, ini ada Ayat Dari Sini.


p/s: adik aku cakap filem ni ada macam ikut2 filem Fast And Furious 5. ye ke? aku tak tengok pun filem tu.



n serius, filem ni ada dialog2 matang, rape scene, kill gaduh n other PG scenes BUT why masih ada parents yang bring along their like bawah umur kids to watch it? yang pemegang tiket tu like "whtever..."

Saturday, June 22, 2013

Filem - KIL




Aku dah tengok filem ni DAN its one HELL OF A NEW DOSE OF M'SIAN FILM! POW!

a Malaysia's mind-fuck film (the first as far as i remembered),
you just really gonna pay attention!

THIS film ialah satu contoh filem yang boleh bikin TANPA banyak bajet tapi cara persembahan nye macam bukan filem bajet rendah. its fakking awesome. aku pun tak jangka masa tengok trailer nye.

'For a film that was produced on a low budget and filmed in eleven (11) days, it doesn't look like one. Roles were well portrayed by the actors. Beyond expectations.' -Feris Othman

masa opening; dengan kamera angle, visual, sound, memang drag me into the movie. i mean, jarang berlaku sejak filem Songlap.

masa penceritaan nye, bagi aku, agak slow sikit.. its not bad, its just kidda slow... terutamanye masa kat kafe selepas tengok wayang tu... Well, ada yang okay, ada yang betul- betul mindfuck, memang buatkan aku betul-betul nak tahu apa masalah si Akil ni.


the ending, well,aku boleh definisikan macam Songlap; sama ada kau agreed with the ending or not.
For me is ".... wat..?"

overall, its new to see something like this in the movie. So, bagi yang jenis peminat none-traditional film mungkin boleh try movie ni.
or kepada yang mahu one hell of a new dose, this movie is for you.
Bagi aku, im a none-traditional movie type person but a heavy drama film kidda not my type BUT that dosent mean i say i didnt enjoyed the movie. AND it worth to buy its DVD as collection!

Sekian, ini adalah AYAT DARI SINI.

Monday, February 11, 2013

Filem - Husin, Mon, Dan Jin Pakai Toncit


Yeah yeah ramai orang dah tertunggu-tunggu nak tengok citer ni. Macam aku dah jangka, full house.

Aku dah tenok filem nih DAN... yeah not like i remember in Zombi Kampung Pisang n Hantu Kak Limah.

Kalau nak kata pasal lawak, bagi aku, bandingkan filem-filem sebelum ni; kalau purata aku ketawa 10 kali, filem ni 5 kali. Dan aku bukan cakap pasal lawak yang rasa nak tak nak ketawa, no, i mean lawak yang buatkan aku burst laughing. Naper aku cakap 5? heres why:
Sebab many of em' jokes are the same as the previous films... which automatically makes it not funny anymore other than the jokes getting old. Dan ada sesetengah lawak yang meleret panjang nye... which also automatically makes me thinking "YES i get the joke! WOULD YOU PLEASE MOVE ON ALREADY?!"

Satu lagi benda, kenapa mesti tiap kali seseorang pointing out the obviousness, mesti ada suara latar cakap "OOOOOOoooooohhhhhhh iiiiittttuuuuuu iiiinnnnnniiiiiiiii hhhhhhaaaAAAAA"... i mean, why? mungkin good at first but kalau dah buat macam 50 kali pe tak kita nak rasa jerit "DIAM LAH!!!"
Ada sesetengah part yang sesuai untuk digunakan macam bahagian diorang gelakkan Husin. That part for me i think its okay.

Satu-satunye watak yang cool bagi aku dalam citer ni ialah Doktor tuh. Yes, aku ngaku, aku serius nak tahu aper motif dier, asal usul dier dalam citer ni. Bila masa dier turun dari langit dengan berapi-api, yes not bad SEHINGGALAH part dier jadi raksaksa dalam game Diablo 3... i mean "what-the-flamingo?!" 
dan ditambah pula Rambo Kid yang... entah aper motif dier buat kat situ...? Dier ada dalam Zombi Kampung Pisang, ada dalam Hantu Kak Limah, all we know is that dier suka main game tembak-tembak...

Satu lagi, ada sesaper perasan ada part klip music video dalam filem ni?... yeah, i remember that part. aku tengok kiri kanan aku and nampak audien tengah layan hp or goyang-goyangkan kepala. Aku? aku diselubungi boardemness...

Lupa nak mention; tajuk nye. i mean, kalau nak ikut tajuk penuh poster is Hantu Kak Limah 2; Husin, Mon, Dan Jin Pakai Toncit... so... mana hantu Kak Limah nye? Kalau nak kata Kak Limah yang dah sihat tu, bukan lagi hantu... dan apa jadi dengan raja zombi dalam Zombi Kampung Pisang? Kalau nak kata 2-2 citer takder kena-mengena, jadi kenapa masih ada mention lawak zomba? Dari permulaan filem Hantu Kak Limah lagi aku dah konfius.
Mungkin untuk menyenangkan, letak main title Kampung Pisang pastu diikuti tajuk kecilnye. Seriously i mean dalam filem ni kiter dah dapat tahu camner kampung ni dibuka dan sebagainye dan aper yang terjadi masa at the end 1967 tu. That way, maybe a guy like myself senang untuk track down. And maybe at the end, kiter dapat tahu rahsia besar sebenar Kampung Pisang. (itu cuma cadangan, bukan hentam)

Akhir nye, apakah pengajarannye, murid-murid sekalian? 
~Penyembahan kepada jins n tonic adalah satu kesalahan dan berdosa bessssaaarrrrrr~ ish ish isssshhhh~
OOOOOOOoooooooouuuuhhhhhhhh dddooosssaaa bbbeeesssssssaarrrrrrr
"SHUT UP!!!"

Overall, kalau kau memang peminat tegar filem Mamat Khalid, aku takder aper-aper nak bangkang, just go and watch. Probably you can have much fun watching it more than i do. Untuk aku, NO aku tak rasa aper-aper. Aku tengok untuk keep up rahsia kisah Kampung Pisang. I mean, c'mon, aper korang nak jangka kalau dah adik-beradik dengan Dato' Lat. Dan aku somehow agak bersetuju dengan pandangan seorang rakan aku ni; sesetengah filem (macam ni) dibikin untuk audien-audien tertentu je.

Sekian, ini adalah Ayat Dari Sini



p/s: kalau nak kata filem ni khurafat sebab persembahkan darah kambing kepada jin setan iblis atau aper-aper nye, jadi i guess pergi jumpa bomoh n mintak minyak dagu atau tangkal untuk orang suka kita guna tulang mayat atau susuk atau ilmu hitam dipelajari dalam penjara is TOTALLY fine, huh? No, aku bukan nak mengata atau persendakan atau memperbodohkan pihak-pihak tertentu tapi kalau sampai masuk paper, i mean c'mon lah... is it really necessary? i mean, kalau filem nih diperhebohkan pasal ke-khurafat-an nye n all that, so aper jadi dengan filem-filem yang dedah-dedahkan aweks separuh bogel n somehow passed?

Friday, December 28, 2012

Filem - Prince of the City



sebelum panjang lebar,
aku tahu banyak panggung yang ada masalah projector yang berlaku masa mula-mula filem for like a minute or two... BUT 15MIN is just enough i can take... oh dan adakah diorang bagi rewind balik scene-scene yang terlepas? of course NO!!! WHAT?! I PAID RM12 TO SEE THIS I-DONT-CARE FILM DAN TERLEPAS 15MIN WALAUPUN CUMA ADA 6 ORANG JE DALAM PANGGUNG DAN TAK BOLEH REWIND BALIK??!! ADAKAH KITA CUMA ASSUME APER YANG BERLAKU DALAM PALER HOTAK KITA DENGAN BUNYI-BUNYI LATAR N ORANG BERDIALOG??!! NO REWIND??!! R U SERIOUS??!! @#$%^&*(!!!... sigh*... ok ok... aku tak nak cakap panggung aper n bilik no. braper sebab ehem* wuuuuu bukan kah itu tak baik~? my @$$...

Prince of the City...
satu lagi filem yang aku sendiri kategori kan sebagai dari-mana-datangnye-filem-nih punyer filem macam Hidden. aku tahu pasal filem ni dari surat khabar, bukan poster tapi dalam bahagian Metro Rap. no, aku tak nampak dalam tv. no, aku tak nampak trailer dalam filem lain. no, aku tak noticed aper-aper.

aku dah tengok filem ni DAN... ... ... yyyyeeeaaaaaa-no.
the title and the story is interesting enough... citer nye pasal sorang ni yang dikhianat dalam satu pembunuhan dan dibuang ke luar negara. so sorang nih bantu dier sebab ayah dier ada deal dengan dier (ntah aper dier) dan pertolongan sorang lagi untuk kembalikan maruah dier dan company dier yang dirampas oleh orang yg khianat dier. ...
... oh ye dan seorang perempuan yang ada excuse untuk showoff bikini harimau malaya dier.

masa aku tengok filem ni, aku rasa macam ada tertinggal benda... or too rush.

dude 1: "mari letak kamera tersembunyi dalam rumah bedebah tu"
dude 2: "ok"
dan tiba-tiba dah pasang

dude 1: "aku akan ajar kau cara nak pegang pistol"
dude 2: "ok"
dan tiba-tiba boleh tembak

dan benda yang tertinggal tu yang membuatkan aku rasa boring.
idk, mungkin atmosfera dier, atau drama dier, atau jalan citer dier, atau... atau the fact that they all speak Inggrish.
aku pun rasa ada banyak scenes yang lompat-lompat.

Michael Madsen, Aaron Aziz, Jehan Miskin is alright, i guess. tapi watak utama nye, Prince (Julian Cheah). aku tak tahu aper perwatakan dier sebenarnye. ada sesetengah scenes yang perlu emo atau tegang but he's just there and... i... idk i think he's giggling or something.
dan ada banyak aku rasa cam dah tak kisah pasal Prince, aku nak tengok watak Aaron n Carlton (Michael Madsen) n Putra (Jehan Miskin). i dont even care whats gonna happen to the Dana Company.

oh yea, to its credit, orang yang main watak yang tembak perempuan bikini tu really not bad.

babak klimaks pertarungan antara dua beradik mendebarkan! mempesonakan! penuh dengan aksi! dan... short, cliche as possible.
alasan kenapa aku cakap cliche sebab ada kolam. dier ditambak, kebelakang DAN *gasp* dier masuk dalam kolammmmmmmm!!! WOW~ bukan lah macam dah tengok benda alah tu dalam BANYAK filem lain~ HAHahaha... haaaaaaaa...

oh the ending is the many other films' endings... its just... stop...
no serious, its just:

dude 1: "aku selamatkan kau dan kau patut bagi aku pangkat or per2 je. boleh tak?"
dude 2: "tak"
dude 1: "damn!"
THE END

*snap* and its stop...

overall, untuk aku, yes, aku sangat bosan. filem nih macam filem Hidden but its not the worst ever. ada masa yang aku tertarik dan banyak yang tak. the story is fascinating enough but somethings lacking. which automatically membuatkan aku rasa bosan. *shrug*

Sekian,
Ini Adalah Ayat Dari Sini

Saturday, October 13, 2012

Filem - Taikun


Dear TaiKun,
WWWWHHHHHHHYYYYY????!!1!
sincerely, me

aku dah tengok filem nih dan... ... ... shoot me, please...

jalan citer?
y'know, dari tajuk nye, i didnt expect more! i could guess dier ada kene mengene dengan taiko gangster wak lu wak lu or sewaktu dengan nye!
bila masuk untuk 5 min pertama, its immediately about CD/DVD cetak rompak.
pastu, gaduh.
mula-mula, aku pikir:
"oww okey okey dier tunjukkan aper yang terjadi di sebalik citer ni, masalah-masalah n some sort like that. okay okay go on."
TAPI AKU AGAK TERKEJUT BILA UNTUK 40MIN SETERUSNYER ITS JUST CETAK ROMPAK, HASUT, GADUH! CETAK ROMPAK, HASUT, GADUH! CETAK ROMPAK, HASUT, GADUH!!
untuk gaduh kali ke, ntah kali ke-210 agaknye, aku cme nak jerit "STOP FIGHTING!!!"

y'know, masa tu aku suspek dah nmpak pattern nye; jual CD DVD cetak rompak kat kawasan geng lain, hasut itu ini, gaduh, ngadu kat bos, balas balik, gaduh, ngadu kat bos, balas balik, gaduh, settle, jual CD DVD cetak rompak... kalau betul pattern ni sampai habis citer.. well, too late to get a refund, folks...

lepas tunggu hampir 45min just CETAK ROMPAK, HASUT, GADUH, syukur akhir nye dapat tengok babak lain!... which is... spontaneous love scenes... ... ... WHHHAAATTT???!!
"WHOs THAT GIRL?! WHOs THAT GIRL?! WHATs THEIR BACKSTORY?! WHERE THEY CAME FROM?!"
jadi, kte kne terima je; Tai dan Kun ada makwe... ... ... makwe ntah datang dari mne yang dahagakan duit tanpa sebarang latarbelakang dan story... dan nme diorng Cinta dan Mami...? ... .. . .. ... good... .. .

setiap kali Along cakap dengan dialek sleng Cina tuh, aku rse cam ada benda yang cuba nak cabut tulang belakang aku dari mulut aku ke paler hotak aku... .. . itu baru 5min, dan bayangkan yang ITU untuk 1jam 25min seterusnye!
aku tau, aku agak sakit telinga biler tiap kali citer gangster mesti ada wak lu gua taiko abang besar dll. ..
TAPI YANG NI!!!... uuurrrgghhhhhhhh sweet sweet man man momantai...
dan tiap kali Along gaduh, aku cuma agak paranoid sebab nampak cam biler-biler masa je dier boleh kene sakit jantung... :|

lawak nye... just... uhuh...
aku admit ada sesetengah lawak nye yang menjadi tapi KEBANYAKKAN NYE tak.
aku cuma tersengeh 3 kali je, seingat aku.

oh ye, yang paling aku serius nak pecah paler.
like filem Kongsi, diorng asyik gne slogan filem "lu langsi lu mati" dalam citer...
TAPI YANG NI!!!... wow.... aku rse lagi kerap dari Kongsi...!
setiap kali diorng cakap ayat tu, aku dekatkan paler aku kat kerusi depan, gosok mata aku, garuk telinga aku, garu paler aku n pikir "wat hev ai don wif mai RM14.."

ending dier, memang aku rse cam ada orang tembak mulut aku ke hotak gne shotgun!
the twist is, guess what?!, Tai dan Kun is actually police officers~!!! :D .... ... .. . wait...
jadi... diorng ialah anggota polis yang menyamar sebagai samseng untuk tumpaskan 2 geng samseng dan aktiviti CD DVD cetak rompak n lucrah..?
kalau ye, jadi...
- naper Tai jenis yang mata duitan bila nampak duit?
- naper diorng belanja kan duit-duit tu kat makwe-makwe diorng?
- naper diorng berlagak samseng walaupun bercakap sama-sama dalam telefon?
- naper Tai macam beriya-iya ble nak amik 2 pelakon lucrah?
- naper diorng flash back masa Kun pura-pura tikam Tai?
- naper diorng cam bersalah ble anggota polis lain datang?
- naper diorng tak teliti, dokumentasi bukti-bukti sebaliknye dok kira duit jualan cetak rompak?
- (*insert more wat-de-hel stuffs here*)

dan diorng cakap ada nye Taikun 2..?  ... ... .. . siggggghhhhh*...

so, thats it. Taikun....
and i got nothing to say b'cause 50% of my brain cells already dead.. R.I.P dear brain cells... :(

i guess thats why only 3 people in the theater..
  
AyartDarriSihni, bye.

Wednesday, May 9, 2012

Filem - Chow Kit



Dah tengok filem ni 2 hari lalu.
And... well… aku tak berapa enjoy sangat. :(

Aku tak boleh nak argue pasal benda ni berdasarkan kisah benar or tak
sebab aku pun tak tau aper yang betul-betul berlaku kat sne.

Personally, aku tak berapa prefer sangat jalan citer yang pertama tuh.
sebab… “really? Just like that?...”
mungkin aku tak tau, mungkin tu suma berdasarkan kisah benar.
But, c’mon, it’s a movie. Bagi interestin tp jangan lari dari jalan citer jauh sgt.
Macam gak citer Titanic. Fan-fan kata (idk, ye kot) perempuan tuh real n kisah dier yang benar.
But, seriously, percaya ker yang bahagian angkat tangan sama2 kat depan kapal, aksi kejar2, n the dramatic death scene? Kolo percaya, well ntah aku tak tau.

orang-orang dewasa berlakon was okey, I guess
but the kids… well… ‘baik’ sangat? Idk.
mungkin banyak pelakon yang ikut skrip bulat2.
aku assume ble tgok citer macam ni maybe dialog nye free style n also the camera,
tapi sebahagian nye je.

Transition dari satu babak ke satu babak always be fade in and out…
Dan personally tiap kali ada benda tuh, I be like “urrrgghhh”… “AARRGGHHH”…

Aku pun tak tau mula2 naper ada 2 cerita dan style nye berbez..-aaaahhhhhhh i see... 2 orang direktor rupanye..... mhmmm...

Itu dia, filem Chow Kit, for… idk… untuk orang yang nak tengok?
iNi ArDarLah AYart DarRi SinNi.

Sunday, March 11, 2012

Bunohan
























sebelum tu aku nak cakap, aku tak kan cakap filem ni best or tak best. reason? read...

first, this movie is so... so... so... uhmmmmm.. susah nak cakap.
i mean, its not bad. no.
its really... really... uhhhhhhhhh.....

OK, korang ada pernah tak tengok lukisan-lukisan surealism n abstark camtu?
every piece ada meaning-nye tersendiri dan audien sendiri yang buat kesimpulan.
that this movie.
and like that movie dimana yang nampak jahat tapi baik giler tapi yang baik cam setan yang tamakkan harta pusaka.

i mean, i got no problem dengan filem-filem abstark camni. : C
i just suck at it. aku tak berapa geti nak interpret benda-benda abstark.
aku sendiri yang merupakan orang seni pun susah nak interpret seni-seni abstark. aku selalu mintak tolong pensyarah aku.

and i think the cinematography nye menarik / beautiful and nampak GAH ngah kaler-kaler terang gelap and contrast. and the acting sungguh bersahaja and tak terlalu lebih-lebih (like OTHER MOVIES).

jalan citer nye agak boleh ikut. cme aku nih jenis bahasa baku. so, aku agak ter-distracted ngan loghat pantai timur....

Thats it; maybe penggemar filem-filem yang ada unsur seni sureal / abstark / ekspresionis etc. and like none-tradisional film, maybe should check this one out. : )


ini adalah Ayart Darri Sihni : ) salam, boh~

Monday, December 19, 2011

Filem M'sia: Songlap













Tiket harga RM10? berbaloi, jang.

Really, kolo peminat cite2 stail Yasmin Ahmad and none-traditional film, this movie is for you.
Mungkin takder lah 100% cam cite Yasmin but the style is almost the same.

n personally, i say yeah, i like this kind of movie :) none-traditional type of movie. n I like this movie too.

Masa aku tgok cite nih, perasaan boring memang timbul tapi perasaan ingin tahu jalan cite dan ending nye and all that yang buatkan aku terus duduk tanpa mengeluh.

AND the acting is pure awesome! even the side characters, they're just awesome!

tapi mungkin aku cuma expecting more pasal ending nye sebab aku memang nak tgok adik-beradik tuh bersatu lagi AND dengan mak diorng.


so, thats it. Peminat none-traditional film, really go and try check it out by yo'self~ :)

ThiS iS Ayart Darri Sihni Yorp.

Thursday, November 24, 2011

Filem M'sia: Misteri Jalan Lama




























Ok, sebelum tu aku nak cakap; filem nih bergenre pe sebenarnye..? fantasi, seram, aksi, supahnatural, thriller?... idk.

Dah tengok filem nih petang tadi. AND,... personally, im not that teruja... sorry to say.


filem nih bukan the best or the worst pe2. its just macam sungguh tak begitu... begitu... teruja, camtu lah dikatakan.
Sebab, everytime ada certain babak2 yang serius, aku just macam "nop. nop. no. sorry, it never gonna happen. nop sorry. What? durian? nop nop sorry not gonna happen. sorry sorry korang buat serius pun msih nop nop no sorry nop really not gonna happen."
cuz I know diorang memang cuba tapi just macam sikit tak menjadi... :(

tapi serius, bila aku dengar tajuk 'Misteri Jalan Lama', aku tak terfikir lak akan ada perkahwinan bunian, amik alih tahkta raja, pertarungan epik, dan BOT TERAPUNG...

maybe it suppose to be 'Misteri Perkahwinan Nian' or 'Misteri Pertarunagn Misteri Nian Yang Misteri' atau maybe 'Misteri Korang-Untuk-Cari-Apa-Jenis-Genre-Filem-Ni-Sebenarnye-HaHaHa' .. :(


and thats all i have to say; this movie not best not worst JUST not really that... impressive... sorry bro Afdlin..


This is Ayat Dari Sini

Tuesday, July 27, 2010

Filem M'sia: Adnan Sempit






















“Biiasa, bro!”


PEH! Secara jujur nyer, ak x penah tergelak seperti mana mse ak tgok filem ‘Adnan Sempit’! !

Actually, mse ak tgok filem nih, ak sedar yg dlm setiap pembikinan filem x semesti nyer bergantung terhadap cara arahan nyer je ttp gak pelakon2 nyer gak!!!

Shaheizy Sam, pelakon utama dalam filem nih sbg Adnan aka Nan Sempit mmg satu pilihan yg BIJAK! Secara jujur, ak tau psal brader Sam nih dari filem ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’ yg mana filem yg ak cme tgok 30 minit je… I mean, pffftttt ak x kenal pelakon tuh so aper ak nk kisah?... and I was wrong… dan nak tau x? ak dapat tau yg brader nih dah menceburi dalam bidang lakonan sejak 1995! OAO !!! dan kebanyakan nyer ialah drama2~! Dan dari filem ‘Adnan Sempit’ lah dier nyer populariti terus memuncak!!!

Sebenarnyer, ak mmg sudi nak cut-and-past dier nyer synopsis tapi aper kte korang g cari sendiri kat tenet..? Amenda? Mu pikiak wa nih mu punya orang bawah ha? >8)





(sebelum ak ckp part yg best dn yg x best nyer, ak akn cme tulis yg utama je. Why? I dunno, ak rse cam malas nk tulis bbnyak, dan, yg lain2 tuh terpulang pada pendapat korang sendiri~!)



OK, yg bezt nyer! ===>

YG PALING UTAMA SEKALI LAH IALAH DIER NYER LAWAK!!! 8) maksud ak, MAN! DIER NYER LAWAK MMG BTOL2 PNYER LAWAK! Dier nyer lawak jenis yg bukan untuk paksa audien untuk ketawa, dier nyer lawak mmg stail yg jenis lawak yg x disengajakan!!!! Itu yg mmg buatkn lawak nyer menjadi!!! And yeah, lawak nyer mmg byak beza ngan kmpulan Senario… Senario? Pfffttttt uuurrgghhh…

BEST DIALOG DALAM FILEM NIH! “I don’t want banana fruit two times.”… BWAHAHAHAHAHAHAHAHAH!!! XD




Ok, ok, setiap filem mesti ada yg best dan x best nyer, kn? Ini yg ak dapati lah dlm filem nih. So, jgn marah ak… ===>



Ok, yg paling utama nyer ialah trailer dier… (OK, AK X MAU MENGATA tp benda nih gak berlaku dlm filem2 dlm dn luar negara lain!) Maksud ak, trailer dier dh menunjukkn beberapa part yg lawak mcam part motosikal jatuh, beg tngan diragut, part first yg menyanyi tuh, “Baper lama kte nk pusing nih, brader?”. Jadi, mse ak tgok citer nih, ak x rase nk ketawa mse part lawak tuh… maksud ak, ak dh ketawa dh mse tgok trailer nyer je… =______=




Ak mmg sejujur jujur JUJUR JUJUR NYER bagi 4/5!!! AK MMG SKE CITER NIH!!! BRADER NIH PATOT DAPAT AWARD!!! AK MMG NAK BAGI 4.5!!! TP X LEH!!! Naper? Ntah…






BYE BYE, SALAM and SALAM SATU MALAYSIA! BEEP BEEP ak ialah robot! Kasik ak makan!



X tau lah naper ak rse mcm malas nk tulis mlm nih… =___=

Tuesday, February 23, 2010

Filem M'sia: Santau






















‘Sampuk’... ‘Santau’... ckp perkataan tuh dlm slow-mo...
“Ssssssssssssssssaaaaaaaannnnnnnnnnnnttttttttttaaaaaaaaauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...”



Memperkenalkan, filem idea yg agak segar tp dgn suasana persekitarn yg agak familiar dgn filem2 antu lain, ‘Santau’... dengki sampai mampus (nasib baik sampai mampus)...




Mcm kebnyakn filem2 hantu yg lain, is suma bermula dgn... BBBBBBBBBOOOOOOOOMMMMMMMMOOOOOOHHHHHHHHHHHHHH..... macam cte ‘Jangan Pandang Belakang’, ‘Congkak’ dn ‘Jangan Tegur’... aduh... Sinopsis===>

Sepasang suami isteri, Halim dan Nina bersama anak perempuannya Tuti hidup dalam keadaan selesa di sebuah perkampungan Melayu moden. Halim sentiasa menjadi contoh di kalangan masyarakatnya kerana berjaya dalam kerjaya dan suasana rumah tangganya yang harmoni. Di sebelah rumah mereka tinggal sepasang suami isteri, Usin dan Ana, dan di sebelah satu lagi adalah rumah kosong yang sedang menanti orang untuk menyewa. Selepas jiran baru berpindah bersebelahan rumah mereka, keluarga Halim mula dihantui oleh kejadian aneh dan menyeramkan di dalam rumah mereka. Bermula dengan Tuti yang terlihat pelbagai kelibat misteri sehinggalah kepada Nina yang sering mengalami kejadian pelik yang belum pernah berlaku selama ini. Semuanya berlaku apabila Halim tidak berada di rumah. Halim sangat sibuk dan menghabiskan masanya di luar sehingga lewat malam. Nina mula berubah sedikit demi sedikit daripada seorang isteri yang baik dan rajin menjadi seorang yang malas dan panas baran. Setiap hari ada sahaja perkara yang berlaku yang mampu meretakkan hubungan keluarga mereka. Sebagai seorang yang berjaya, Halim tidak begitu mempercayai wujudnya benda ghaib dalam rumah mereka apabila Tuti mengadu padanya. Satu hari Nina mula mengalami sakit perut yang amat sangat dan Halim membawanya ke klinik. Doktor mengesahkan Nina mengalami gastrik. Bagaimanapun Tuti mengesyaki ibunya mengalami gangguan benda halus. Satu malam, Halim berkejar pulang apabila Tuti memberitahu Nina dirasuk dan menjerit-jerit. Akhirnya Halim membawa Nina berjumpa bidan kampung. Bidan tersebut mendapati Nina dan Halim telah menerima SANTAU kerana perasaan dengki dengan kebahagiaan dan kejayaan mereka

(Dan... ak nk jadikn kali nih pendek, jadi, ak akn cbe singkatkn ak nyer membebel...)






Psal filem nih===>

- Bagi ak, filem nih mmg berjaya dari segi kejijikan nyer! The grossness! THE MADNESS OF GROSSNESS!... terutama nyer mse si-malang-yg-kne-santau tuh yg mkn telur goreng@separuh masak@benda merah2 yg kat lantai... mse tuh ak ngah mkn popcorn... ngan air strawberi... urghhhhh...

- Dari segi idea, mmg filem berkenaan perbuatn org...

- Dari segi suspen nyer mmg agak menjadi! 1st time ak tgok, ak pikir jiran dier yg mke cam WTH tuh yg buat, tp upanyer jiran nyer yg sat lg tu ohhhhhh...

- (ak cme tulis yg utama je, yg lain cari sendiri...)






Lain2 psal filem nih===>

- ... untuk kali yg ke braper cte antu kne ada kne-mngena ngan BOOOOOOMOH...? BOMOH! BOMOH! BOOMOOH! ‘Histeria’ dn ‘Tower 13’ xperlu lak...

- Esma Daniel pnyer lakonan.... urrrgghhhh.... ummmm.... ntah... ter-over?

- And mse akhir nk usir antu tuh kuar dari bdn pompuan tuh, bagi ak, TU AH PENGUSIRAN ANTU DARI BADAN MANUSIA YG PALING LAMA DLM FILEM2 YG PENAH AK TGOK!!! 8min 10saat!!! O_O!!! Dn ak tau dier mmg nak replikakan pengusiran antu dr bdn manusia yg real but dier dah makan 8 minit... huish mmg dier ckp byak soaln and dialog!

- (yg lain, cari sendiri... ko pikir ak aper? Kuli ko?!) XD






Keseluruhan nyer bagi ak, ak bagi 3/5 cuz filem nih bkn lah terbaik dn bkn lah terburuk tp ia mmg bleh ditonton ngan kenkawan. Its watchable. Aper2 pun, bg tepukn kpd brader Azhari Zain!! Dn utk bersikap adil, aper kte tgok sendiri, beli DVD nyer and juz buat penilaian sndiri~ and ssaper yg ter-bce blog nih, kolo ada per2 je pandangan, jgn rse per2 juz taip je kat komen or juz bagi email ke alamat e-mail ku yg ada kat sebelah kanan tuh~! >=3



Nih je utk kali nih, ak AKiM dan ini adalah Ayat Dari Sini dan JOM OUT-ing!!! AK ke-BOSAN-an!!! BaBai!



Dan oh ya, utk blog strusnyer insyallah ak akn senaraikan sneek peek filem2 melayu 2010 yg akn bakal ditayangkn~!! Dn sbhgiannyer mmg nmpak cambezt! (harap2 bezt jgn jadi cam antoo fighter...)

Sunday, January 24, 2010

Filem M'sia: Histeria






















...Hai jin si hantu raya, jin kuning, jin putih...

...Hantu raya si jembalang air, mari sini datang ke mari, datang ke mari aku perjamu...

...Hantu raya jembalang angin, aku tau asal engkau, makanan engkau telur ayam, marilah kesini, makan benda benda ini...

...Hantu raya jembalang kuning, mari bersahabat bersama aku, mari datang menjadi diriku, datang taat turut perintahku...

...Hantu raya jembalang kuning, merupa engkau datang padaku, jangan engkau ingkar juga, jangan engkau langgar perintahku...

...Jika engkau ingkar juga, aku panah engkau, dengan panah berpanah, panah sakti, panah rajuna, Hup…


AAARRRGGGHHHHHH!!! AKU DAH KNE HISTERIA!!!!!!!!!!!! @A@






HAHAHAHA!!! Acah je, beb! Per2 je, ak mau kata pasal filem seram yg (bagi ak) telah pecah tradisi filem seram2 lain!!! Memperkenalkn, filem ‘Histeria’!!!!!!!!!!!!!! >w<

PEHHH!!!
Mse 1st time ak tengok trailer nyer, ak pikir, “alamak... mesti citer indon nih...” cuz mse tuh, ak x jangka yg filem seram M’sia akn kuar kan citer cam nih... cuz... tau2 je lah filem M’sia nih... kolo ada sikit scene bloody/berdarah je, dah jadi kontroversi… itu, dah jadi kontroversi, ini, dah jadi kontroversi… -_- kolo bab pasal hina agama ke,isu perkauman ke, maruah ke, pahaman ke, bleh gak jadi kontroversi. Cth: filem yang ak TOTAL REJECT dari koleksi ak ialah filem ‘FItna’, ‘Borat’ dan filem yang paling top ak REJECT-KASI-MAMPUS IALAH FILEM ‘Waltz With Bashir’ >=(

Anyway, aper yang korang bleh ckp pasal filem ‘Histeria’, hmm…? Sebelum kte ber-histeria, meh kte dengar2 dulu sinopsis nyer~ ===>

Histeria adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah sekolah terpencil. Enam orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Marina, Murni, Junita, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘The Pink Ladies’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka berenam dikenakan denda, membersihkan kawasan sekolah selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Kejadian demi kejadian yang misteri dan menakutkan dialami oleh mereka semua. Ia bermula selepas Junita mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Junita telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Junita kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut, dan sirih. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan sekolah tersebut. Ada yang mati dirobek, ada pula digantung, dikelar leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni. Murni ditahan bagi membantu siasatan. Namun tiada cukup bukti bagi mengaitkan Murni dalam pembunuhan tersebut. Pakar psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental.




Pasal citer nyer, dari poster hingga ke trailer, korang mungkin dh jangka yang filem nih agak byak scene berdarah. Mmg pon~! ;’)


1. Mle2 skali ah, bagi ak, dari segi penampilan citer mmg berlainan! I mean, juz look at the poster, mang! Bloody Gore! >w> macam yg ak kte, sekali pandang, nampak cam filem seram keluaran negara2 jiran; Kuntilanak, Pocong sbg., 2 kali pandang, eh eh, Liyana Jasmay! OwO

2. Efek ‘lightning’ nyer mmg bez! Lbih2 lagi mse lelaki tuh yg masuk ke kegelapan pastu PIAKKK kepala tercabut!!! FUH! Suasana gelap dan gerun di sekitar asrama tuh mmg buat bulu roma ternaik, ah! (lbih2 lagi ngan asrama ak yg dah byak berita ttg camni)... :|

3. Part mse kat dalam makmal sains tuh! PEHHH!!!! Ak mcm nak xnak bukak telinga ak! Sunyi je.... ak cme takot sesekali HAAAAAAAAAAAAAA terkejut I! Maklum ah, ak nih jenis yang lemah ngan surprise2 camnih... seriuz...

4. Oh ya! Konsep! Lupa plak! Konsep nyer mmg cun habiz! Sbb, ‘Histeria’ je lah satu2 nyer filem yg mmbuktikn penggunaan shaman/bomoh bkn semestinyer ada mse penghabisan utk filem2 antu~! Or ada kne mengena ngan shaaaaaaaaaamaaaaaaannnn~~

5. Ak tengok filem nih cam citer antu stail urban~ cth filem lain ber-stail/sikit ber-stail camtu setakat nih yg ak tau ialah ‘Jangan Pandang Belakang’ ,‘Jgn Tegur’ dn ‘Santau’... ini gak membuktikn x semesti nyer filem2 antu mesti buat kat kawasan perkampungan! Kolo nak ckp pasal drama seram kat TV yg ada stail camni gak setahu ak ialah ‘Jangan Tegur Lagi’ dn my favorite ‘Tower 13’~! \(>w<)/

6. ... (ada lagi yg ak belum tulis x~? XD)






Yg x bez nyer, huh? Hmm... jap................................................... well, keseluruhan nyer, bagi ak, ada sdikit kecacatan kat bbrapa bab tp ak rse tu baik-baik je lah, xda per yg nak disusahkan~ (kecacatan yg agak kurang kolo nak dbandingkan dgn ANTOO FIGHTER!!!) tp, bleh gak kolo nak dengar2 aper benda alah tuh~ Well, meh dengar! ===>























Mse Marina (xsilap ak ah nama dier) dan Cikgu Helmi yg kne siat2 kat dlm bilik air tuh and kne NOMz kat dalam bilik cikgu tuh, darah sana sini and muka, kaki, tangan and maybe bdn nyer abis kne bedal. Tp, darah nyer... (serius... ak kne tengok part2 darah tuh byk2 kali juz sme nak comformkan nyer) darah nyer macam... terlalu... macam terlalu muda... merah muda... Well, dari segi kecederaan yg dpt tengok, darah nyer maybe mesti pekat, merah pekat kehitaman cuz itu luka dalam tuh! Tp, x tau ah, adakah gamba kat wayang tmpt ak tuh agak pudar2, movie yg ak dpt pon pudar2 or juz darah tuh mmg BTOL2 pekat kolo nak dibandingkan gambar kat atas nih ngan movie yg ak tengok, mmg berbeza ( AK X TAU OHH!!!) >_< ada satu lagi, ak juz xtau adakah darah2 tuh macam terlalu keterlaluan or juz mmg kuantiti nyer camtu (camana nak kte, ak pon x tau...) tp bagi ak, xpa ah, minor jeee~ asalkan movie nih OM!



Well, itu je kot... dan OH YAH! Keseluruhan nyer ak bleh bagi 4/5!!! ^q^ WOOOOHOOOO!!! TABIK KPD BRADER JAMES LEE!!! Ak mmg cuba nak bersikap adil dn cara nyer ialah maybeh pandangan ya’ll lain so aper kate watch it first baru buat penilaian sendiri yoyo~! Macam nih baru adil! Dan ya, like always, ak ada cerita nyer utk penuhkan koleksi ak~~
Itu sje utk mse nih, ak AkiM dan ini adalah AYAT DARI SINI, YO!!! Salam dan MARI MAKAN CANAI!!!

Monday, January 11, 2010

Filem M'sia: Antoo Fighter: Amukan Drakulat






















Ak... benci... filem... nih... why? Why I hate this movie?! YOU WANNA KNOW WHY??!! KORANG NAK TAU KENAPA FILEM NIH MMG ADA KNE MENGENA NGAN DRAKULAT???!!! KORANG NAK TAU KENAPA FILEM NIH ‘MARANGPERAPUKEPUNTELPARANGSEKEPPERR’??!!?!?!?!?!? Tgok je le...

Ak rse, filem2 yg ada konsep yg bgos dn idea yg ((BOOM!!))… tp mempunyai jln citer yg f*****g s**t bomb… cth yg terbaik. Antoo Fighter: Amukan Drakulat!!! -_- ak cme terpikir, KENAPA DIORANG BLEH SCREWED UP FILEM YG SEBEGINI???!!! Ak setuju yg brader Azizi ‘Chuck’ Adnan sungguh berani mmasukn elemen dn konsep yg baru dn berani ke dlm filem nyer… tp… +_+ ak… masih… x… faham… KENAPA BLEH JADI BEGINI????!!!



Lets dengar2 sinopsis nyer… DGN MARAH!!! >=( ===>
Kisah bermula apabila sekumpulan makhluk dan hantu-hantu dari zaman dahulu yang diketuai Drakulat Van Listerooy, kembali mengganas dan bermaharajalela di zaman ini selepas mereka terlepas dari kurungan dan tangkapan kumpulan Penentang Jembalang pada zaman dahulu. Drakulat (lakonan Awie) dan hantu-hantunya, Bajang (lakonan Soffi Jikan) seekor Iblis, Mistikus (Witch), Sarjan Algojo (Hantu Gigi), Maya (Pontianak), Siti Sunshine (Pontianak Pondan), Ozawa (Pontianak Korea), Chow Meng Nga (Hantu Cina), Togom (Hantu Hijau), Filius de Flamma (Hantu Api), Kartarakh (Hantu Biji Mata) telah mengembara dari tempat mereka terlepas ke Kuala Lumpur dan telah menawan Menara Kuala Lumpur dan dijadikan markas operasi mereka. Di situ mereka telah memulakan kekacauan dan kekecohan di ibunegara sehingga menyebabkan negara di tahap bahaya. Dalam masa yang sama, objektif Drakulat sebenarnya adalah untuk membebaskan "Lord Sharon" iaitu anak Syaitan ke dunia supaya mereka dapat bersama-sama menguasai dunia dan membebaskan kuasa kegelapan ke segenap alam maya. Oleh itu, Drakulat terpaksa mencari seorang gadis yang telah terpilih menerusi keturunan darahnya, iaitu "Delyla", di mana darahnya dipercayai mempunyai kuasa dan dapat dijadikan korban untuk dipersembahkan kepada "Lord Sharon" supaya dapat bebas ke bumi. Dalam pada itu, kehadiran kumpulan Drakulat dapat dirasai oleh Pak Din (lakonan Harun Salim Bachik) iaitu salah seorang Antoofighter terakhir pada zaman 50an. Antoofighter merupakan kumpulan rahsia yang telah wujud sejak bermulanya alam dan dunia dimana 5 orang manusia akan terpilih untuk menjaga dunia daripada kuasa kuasa jahat setiap 60 tahun.
(AK MALAZ NAK TULIS!!! CUT PASTE JE!!!)




............ |=( demi blog, ak sanggup tengok citer 3 KALI sebelum ak bleh tulis sumer nih... ak seksa diri ak sendiri, tengok citer nih, mcm hampah, telan panadol 2 biji and finally, seksaan habis........



Yg ak ske:

1. mcm filem2 yg lain, part yg ak ske psal filem nih cme konsep, idea, yg baru, berani, dan bijak!

2. pembukaan/intro filem nih pon agak memukau! serius! mmg memukau mata ak!... buat seketika ler...

3. sesetengah bhgian filem nih mmg ada penggunaan CGI yg bez... tp itu x mengatakan seleluruhan CGI filem nih...

4. ak ske diorang pnyer kostum, makeup..... yg lain...... off skit...




SKANG, YG BTUL2 HAMPEH PUNYER!!!:

1. .................... "APER DAH TERJADI KAT DLM KEPALA DIORANG????!!!!"

2. ........... "BLEH X BE MORE SERIOUS?????!!!!!!!!!!!!!"

3. .................... ak faham konsep yg nak ditunjukkan dlm filem nih ialah 'Buatan Malaysia'..... tp..... ADAKAH BUATAN MALAYSIA MACAM NIH????!!!! >=(

4. "BANDARAYA KL TELAH DISERANG OLEH PENYANYI ROCK JIWANG, AWIE YG TELAH BERTUKAR JADI MOMOK!!! PARA TENTERA, PIHAK2 BERKUASA, RELA, POLIS, PAK2 GUARD, SUMA TIDO KAT ATAS KATIL DBUAI MIMPI MANIS!!! XDA SESAPER NAK SELAMAT KAN KL sbb FILEM NIH SUCKS!!!"

5. MESEJ YG NAK DISAMPAIKAN IALAH 'KEKEJAMAN ZIONIS'???!!!......... AK!!! X!!! NAMPAK!!! MESEJ!!! TUH!!! PON!!! bkn x nampak.... LANGSUNG XDA!!!

6. Lagu "Hidup Satu Perjuangan" dn lagu tema filem nih bez, ak layan.... tp....... APAKAH EXCUSE YG FILEM NYER DIBUAT SEBEGINI????!!!! CUZ LAGU NYER AWESOME???!!!! MY ***!!!

6, KRU Studio dpt buat CGI yg agak cantik dari segi scenery ke grafik dlm cte Cicakman 1 & 2 (bleh buat game ahh....)..... tp..... APAKAH EXCUSE NYER LAGI YG FILEM NIH X BOLEH BUAT CAMTU????!!!! >=( PAPARAN LCD JE KAT DINDING TUH???!!!!!!!!!! ‘MARANGPERAPUKEPUNTELPARANGSEKEPPERR’??!!?!? A.M.U.T???!!! JOY STICK???!!! SENAPANG MAINAN KAT ATAS MOTO???!!! ADA POWER BAR??!! WRESTLING?!?!?!?!?!?!? AAARRRRGGGHHH!!!!

7. AGAKNYER, LAKONAN RADHI OAG TERLALU OVER!!!!!! keseluruhan nyer ak nampak mcm tahap kartun/animasi.... but WHAT THE HELL, MAN??!!

(DAN ADA LAGI MASALAH2 LAIN YG AK MALAZ NAK TULIS!!!)




AAAAAAAAAAAARRRRRRRRRGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!! DX DX DX





APER! APER LAGI?! OVERALL?! 1.5/5!!! NAPER??!!!! SBB NI ADALAH ALASAN YG BERNAS DAN YG BERMAKSUD "BUANG DUIT JE!!!!!" >=(

Ak juz x faham!!! naper?! naper diorang buat camtu?! KRU Studio bleh buat, kenapa x pula dgn ImageBox?! yg lagi pelik... ak ada beli DVD original nyer juz utk penuhkan koleksi ak.... dan ak x pernah tgok lagi pon kecuali utk tulis blog nih... =_=...

Brader Azizi mmg seorang yg berani menggunakan konsep yg baru kpd industri filem M'sia tp..... tp ak juz nak bleh x buat lbih baik?... cbe lah berkerja sme ngan KRU studio ke, ngan kompeni pembuat Geng ke, aper2 jek..... supaya lebih kaw.... thiz is juz a friendly reminder, man... :)

well, itu je kot, ak AKiM dan ini adalah AYAT DARI SINI! Salam! dan TENGOK BELAKANG KO!!! >=)

Saturday, January 9, 2010

Filem M'sia: Cicakman 2: Planet Hitam











































Seperti Zombi kampung pisang, filem2 supah hero mcm nih mmg masih asing lg kat dlm dunia perfileman M'sia~ Mse kali pertama ak tengok trailer Cicakman 1, ak mmg trperanjat berok nk mampus mngatakn "HOLY ****! M'sia dh da SUPAH HERO??!!!! CICAK PLAK TUH!" ia mmg satu konsep yg AMAT HEBAT!! OwO and ak masih ingat lg, mse hari pertama tayangan nyer, tiket dah abis! so, ak kne ah tunggu hari ke-2... itu pon tiket hampir2 nk abis tp berjaya gak beli nyer~ -w- cerita nyer, well, agak kekok cuz tau2 je lah, filem supah hero pertama m'sia, agak penuh dgn masalah2 jalan cerita, stail, and overall filem tuh sendiri~!



Pastu, kuar plak sekual dier, Cicakman 2: Planet Hitam~ ble sekuel nyer kuar, ak masih lg berharap yg filem ke-2 nih lbih bagos dari yg pertama... meh tengok sinopsis nyer ===>

Professor Klon (Aznil Nawawi) telah kembali. Kali ini bukan sahaja untuk menjadi Presiden Metrofulus, malah untuk menguasai bekalan air dunia melalui rancangan "Planet Hitam". Apabila planet biru kita hanya tinggal 72 jam sebelum menjadi hitam, Cicakman (Saiful Apek) datang menyelamat.

Namun Cicakman harus berhadapan dengan musuh-musuh lama; Ginger Boys, yang kembali menjadi lebih berkuasa dalam bentuk spiritual sebagai Ginger Ghosts (Adlin Aman Ramlie & AC Mizal). Tambahan lagi, Professor Klon telah mengupah seorang pembunuh; Rrama (Tamara Bleszynski), seorang pembunuh rahsia yang mencapai kepuasan dengan membunuh seolah ia sebuah persembahan seni yang tulen. Apabila keadaan menjadi semakin buruk, seorang adiwira juga memerlukan pertolongan. Tetapi pertolongan muncul dalam bentuk yang tidak diduga, termasuk Danny (Yusry Abd Halim), kawan baiknya , seorang pakar feng shui hebat (Louisa Chong), dan pihak yang tidak terduga.

Selain tanggungjawabnya menyelamatkan bumi, Cicakman mempunyai dilema peribadi untuk membezakan Hairi dan Cicakman. Dia perlu menyelesaikan perasaan peribadinya terhadap Tania (Fasha Sandha), yang sedang mencari identiti sebenar Cicakman dan dia juga perlu memilih untuk mengorbankan nyawa sendiri atau menyelamatkan Iman (Sharifah Amani), adik perempuan Danny yang buta. (cut and paste je... mlaz nak tulis bbyak...)




citer nyer menunjukkn skit peningkatn dari yg pertama dari segi CGI, jln cte, stail, perlawanan dalam... 10% je... yg lain masih sme...

Yg bez psal sekuel nyer ialah interaksi antara pelakon2 utama dgn pelakon2 tambahan cam pejalan kaki, polis, dll lebih byak dari yg pertama~!! >w> dan x kurang hebat nyer dari segi efek janaan komputer CGI yg ((!!!BOOM!!!)) Mmasukkn elemen SUPAH HERO atau dlm bahasa Melayu nyer 'Pahlawan', mmg satu idea yg hebat dan berani dari segi mencari kelainan dlm industri perfileman M'sia~!!! GO GO!! bab2 brlawan pon dah meningkat and mmg agak menarik dgn penggunaan gerakan pelahan (slow motion) terutama ak ske mse Rrama baling lelaki tuh and pecah cermin meja tuh!!! PEHH!!!! >=D



dan jeng jeng jeng, yg x bez nyer~ =O

1. masalah nih ak mmg dah komplain sejak dari movie pertama nyer and that is... "APASAL 'FILEM SUPER-HERO KOMEDI'??!!!!! PERLU KA 'KOMEDI' ITU DLM BIKIN FILEM SUPER HERO???!!!!!!!!!!!!!!!!" >=( mse ak tengok nih, ak agak malu dgn filem super hero dari Thailand, Mercury-Man!!!!! and dari Bollywood, Krish!!! also dari Filipina (...x silap ak ah), Lastik-Man!!!!!!!!!!! aduh...... tp ak nak kte yg lawak utk sekuel nyer nih.... agak.... masih.... bleh d terima..... :'D

2. dari yg pertama lg, ak pikir Yusry KRU yg jadik Cicakman nyer tp Saiful Apek yg jadi...... =| .... agaknyer nih lah excuse utk jadi kan 'filem super-hero komedi'.... IT JUZ WONT WORK!!! agak nyer utk save badget...

3. bbrapa bab2 action... yg ak nak tekan kn mse berlawan kt atas moto and berlwn mse kt dlm gua............ mse kat atas moto tuh, mmg x dinafikan yg itu mmg mnarik perhatian ak tp ak dpt tau ada skit masalh... mse dier turn ke bhagian yg byk org ngah duduk kat kerusi, MOTO TUH NAMPAK PERLAHAN!!! (... agak nyer director pikir tuh sgt bahaya kot.... ntah) and mse dlm gua tuh.... bab brlawan nyer sgt.... sgt.... pendek dan agak kekok....... =| =|

4. mse bab2 ngah berlawan... bleh x KURANG KAN BERCAKAP?! lbih2 lagi mse perlawanan akhir tuh... prof. Klon macam kne santau... asyik ketawa je... x bleh nak diam skit utk kte org enjoy bab brlwn nyer... ak rse director nyer nak bagi kte perasaan 'real'...




Well, keseluruhan ak bagi 3.5/5 cuz ak masih layan movie nih sampai ke ari nih and ak pon ada DVD ori nyer!!! BUY ORIGINAL, MAAAAA~ dan ak x kte yg filem nih BAD atau SUCKS atau ****, kolo korang tengok kembali cte paling pertama Batman dalam Adam West TV tahun 80-an atau 90-an, dier x lah mmukau sgt, cme konsep super hero tu je~ dan ak respek, suspek, and spek mata pengarah yg mmpunyai imaginasi yg kuat dan berani dlm industri filem M'sia~!!! =) brader Yursy KRU~ BAGI TEPUKAN, SEMUA!!! OHHHHHH YYYEEEAAAHHHH!!!! and ak juz wondering.... ble Cicakman 3 nak kuar???!!! AK MMG NAK TENGOK!!! dan ak cme berharap, bleh x jadikan yg lbih baik? atau buat lah Movie Bio-Nik~!! MESTI !!!BOOM!!! pnyer!

itu je utk mse nih, ak AKiM dan ini adalah AYAT DARI SINI! SALAM! HAVE A NICE DAY~!!

Friday, January 8, 2010

Filem M'sia: Zombi Kampung Pisang



























Ok ah, bagi peminat2 filem Melayu, korang mesti ske elemen2 baru dimasukn ke dlm filem, ye x? well contoh yg terbaik, Zombi Kampung Pisang. Mmg x di nafi kan perkataan "zombi" itu sendiri mmg masih asing lagi dlm tajuk DAN dlm filem itu sendiri. well, itu lah yg dlakukn oleh brader Khalid. sebelum nih, korang dah familiar ngan movie yg psal pocong, hantu raya, and yg paling feymes is PONTIANAK... ^_^

sebeblum tuh, meh kte dengar sinopsis nyer ===>

Ketenteraman dan kedamaian Kampung Pisang tiba-tiba bertukar menjadi kecoh pada suatu malam bermula dengan kematian Pak Abu. Tiga Pemuda yang sedang melepak menyaksikan kejadian itu. Mereka mengusung Pak Abu pulang ke rumah. Pak Jabit yang datang menziarah jenazah, tiba-tiba meninggal dunia juga. Keadaan menjadi lebih gawat apabila mayat Pak Abu dan Pak Jabit hilang dari rumah. Penduduk kampung terus berkumpul di dewan orang ramai dan beberapa orang lagi turut rebah meninggal dunia. Bekalan elektrik kampung terputus. Mayat-mayat tersebut telah menjadi Zombi dan mula menyerang penduduk kampung. Masing-masing bertempiaran lari menyelamatkan diri. Huru-hara mula berlaku di Kampung Pisang. Apakah musibah dan apakah rahsia disebalik kejadian ganjil ini?... (ahha.... ak copy and paste je... =w=)

first of all, ak ske elemen and konsep yg dmsukkn oleh brader Khalid! serious, mang! Zombi2 yg laparkan OOOOTTTAAAKKKKK!!!! kolo menurut akhbar Metro (x silap ak...), citer nih mengalah kan movie dari Hollywood, Wild Hogs yg dibintangi actor2 popular... and i was like "wow... pelik tp benar..."




OK, yg x bez nyer,

1. ak mmg nk mle kan ngan satu komplain nih... and that is... "CAN AT LEAST BE A LIL' BIT SERIOUS ABOUT THIZ MOVIE??!!!" I mean, DAMN, nih kan citer ZOMBI but apsal zombi bleh naik moto ah, nyanyi lagu negara ku ah, ngorat zombi pompuan ah, BAGI NASIHAT AH, HUISSHHH!!!!!! >=(

2. suma scenes yg perlu ada dlm citer zombi mmg dah ada; kejar org, serang org, buat org ter-peranjat dll.... tp ada satu scene yg xda and that is scene makan OTAK ORANG!!! >=( >=( diorang ada tunjuk kan mayat2 yg berdarah tp TU X NYATAKAN YG ZOMBI2 BUAT BENDA TUH!!! >=O

3. sejak ble orang transform jadi zombi tetiba baju bleh koyak rabak, kulit jadi putih and RAMBUT TETIBA PANJANG??!!! diorang g rebondin'? =| agak nyer kne jadi zombi dulu ah baru bleh dpt rambut panjang cepat... pastu g rebondin'...

4. the ending... ak mmg x puas ati ngan eading nyer... MMG NAK KNE BELASAH!!! DX i mean DARI SINOPSIS, DAH DINYATAKAN YG ZOMBI2 TUH IALAH DARI ORANG MATI BUT CAMANA BLEH HIDUP JADI NORMAL PLAK MSE PENGHABISAN??!!!!




haiiiiiiii..... ak x tau nak ckp per... =_=




tp overall ak bagi 3/5.... why? cuz ak still layan movie nih kerana konsep and elemen nyer yg berani and ak ada simpan CD citer nyer gak untuk koleksi ak... and.... tu je kot..... tp aper kte ah, korang tengok sendiri and JUDGE sendiri... baru adil... =3=

Ini sje utk mse nih, ak AKiM dan ini adalah AYAT DARI SINI! salam! See ya'!