Sunday, January 24, 2010

Filem M'sia: Histeria






















...Hai jin si hantu raya, jin kuning, jin putih...

...Hantu raya si jembalang air, mari sini datang ke mari, datang ke mari aku perjamu...

...Hantu raya jembalang angin, aku tau asal engkau, makanan engkau telur ayam, marilah kesini, makan benda benda ini...

...Hantu raya jembalang kuning, mari bersahabat bersama aku, mari datang menjadi diriku, datang taat turut perintahku...

...Hantu raya jembalang kuning, merupa engkau datang padaku, jangan engkau ingkar juga, jangan engkau langgar perintahku...

...Jika engkau ingkar juga, aku panah engkau, dengan panah berpanah, panah sakti, panah rajuna, Hup…


AAARRRGGGHHHHHH!!! AKU DAH KNE HISTERIA!!!!!!!!!!!! @A@






HAHAHAHA!!! Acah je, beb! Per2 je, ak mau kata pasal filem seram yg (bagi ak) telah pecah tradisi filem seram2 lain!!! Memperkenalkn, filem ‘Histeria’!!!!!!!!!!!!!! >w<

PEHHH!!!
Mse 1st time ak tengok trailer nyer, ak pikir, “alamak... mesti citer indon nih...” cuz mse tuh, ak x jangka yg filem seram M’sia akn kuar kan citer cam nih... cuz... tau2 je lah filem M’sia nih... kolo ada sikit scene bloody/berdarah je, dah jadi kontroversi… itu, dah jadi kontroversi, ini, dah jadi kontroversi… -_- kolo bab pasal hina agama ke,isu perkauman ke, maruah ke, pahaman ke, bleh gak jadi kontroversi. Cth: filem yang ak TOTAL REJECT dari koleksi ak ialah filem ‘FItna’, ‘Borat’ dan filem yang paling top ak REJECT-KASI-MAMPUS IALAH FILEM ‘Waltz With Bashir’ >=(

Anyway, aper yang korang bleh ckp pasal filem ‘Histeria’, hmm…? Sebelum kte ber-histeria, meh kte dengar2 dulu sinopsis nyer~ ===>

Histeria adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah sekolah terpencil. Enam orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Marina, Murni, Junita, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘The Pink Ladies’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka berenam dikenakan denda, membersihkan kawasan sekolah selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Kejadian demi kejadian yang misteri dan menakutkan dialami oleh mereka semua. Ia bermula selepas Junita mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Junita telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Junita kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut, dan sirih. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan sekolah tersebut. Ada yang mati dirobek, ada pula digantung, dikelar leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni. Murni ditahan bagi membantu siasatan. Namun tiada cukup bukti bagi mengaitkan Murni dalam pembunuhan tersebut. Pakar psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental.




Pasal citer nyer, dari poster hingga ke trailer, korang mungkin dh jangka yang filem nih agak byak scene berdarah. Mmg pon~! ;’)


1. Mle2 skali ah, bagi ak, dari segi penampilan citer mmg berlainan! I mean, juz look at the poster, mang! Bloody Gore! >w> macam yg ak kte, sekali pandang, nampak cam filem seram keluaran negara2 jiran; Kuntilanak, Pocong sbg., 2 kali pandang, eh eh, Liyana Jasmay! OwO

2. Efek ‘lightning’ nyer mmg bez! Lbih2 lagi mse lelaki tuh yg masuk ke kegelapan pastu PIAKKK kepala tercabut!!! FUH! Suasana gelap dan gerun di sekitar asrama tuh mmg buat bulu roma ternaik, ah! (lbih2 lagi ngan asrama ak yg dah byak berita ttg camni)... :|

3. Part mse kat dalam makmal sains tuh! PEHHH!!!! Ak mcm nak xnak bukak telinga ak! Sunyi je.... ak cme takot sesekali HAAAAAAAAAAAAAA terkejut I! Maklum ah, ak nih jenis yang lemah ngan surprise2 camnih... seriuz...

4. Oh ya! Konsep! Lupa plak! Konsep nyer mmg cun habiz! Sbb, ‘Histeria’ je lah satu2 nyer filem yg mmbuktikn penggunaan shaman/bomoh bkn semestinyer ada mse penghabisan utk filem2 antu~! Or ada kne mengena ngan shaaaaaaaaaamaaaaaaannnn~~

5. Ak tengok filem nih cam citer antu stail urban~ cth filem lain ber-stail/sikit ber-stail camtu setakat nih yg ak tau ialah ‘Jangan Pandang Belakang’ ,‘Jgn Tegur’ dn ‘Santau’... ini gak membuktikn x semesti nyer filem2 antu mesti buat kat kawasan perkampungan! Kolo nak ckp pasal drama seram kat TV yg ada stail camni gak setahu ak ialah ‘Jangan Tegur Lagi’ dn my favorite ‘Tower 13’~! \(>w<)/

6. ... (ada lagi yg ak belum tulis x~? XD)






Yg x bez nyer, huh? Hmm... jap................................................... well, keseluruhan nyer, bagi ak, ada sdikit kecacatan kat bbrapa bab tp ak rse tu baik-baik je lah, xda per yg nak disusahkan~ (kecacatan yg agak kurang kolo nak dbandingkan dgn ANTOO FIGHTER!!!) tp, bleh gak kolo nak dengar2 aper benda alah tuh~ Well, meh dengar! ===>























Mse Marina (xsilap ak ah nama dier) dan Cikgu Helmi yg kne siat2 kat dlm bilik air tuh and kne NOMz kat dalam bilik cikgu tuh, darah sana sini and muka, kaki, tangan and maybe bdn nyer abis kne bedal. Tp, darah nyer... (serius... ak kne tengok part2 darah tuh byk2 kali juz sme nak comformkan nyer) darah nyer macam... terlalu... macam terlalu muda... merah muda... Well, dari segi kecederaan yg dpt tengok, darah nyer maybe mesti pekat, merah pekat kehitaman cuz itu luka dalam tuh! Tp, x tau ah, adakah gamba kat wayang tmpt ak tuh agak pudar2, movie yg ak dpt pon pudar2 or juz darah tuh mmg BTOL2 pekat kolo nak dibandingkan gambar kat atas nih ngan movie yg ak tengok, mmg berbeza ( AK X TAU OHH!!!) >_< ada satu lagi, ak juz xtau adakah darah2 tuh macam terlalu keterlaluan or juz mmg kuantiti nyer camtu (camana nak kte, ak pon x tau...) tp bagi ak, xpa ah, minor jeee~ asalkan movie nih OM!



Well, itu je kot... dan OH YAH! Keseluruhan nyer ak bleh bagi 4/5!!! ^q^ WOOOOHOOOO!!! TABIK KPD BRADER JAMES LEE!!! Ak mmg cuba nak bersikap adil dn cara nyer ialah maybeh pandangan ya’ll lain so aper kate watch it first baru buat penilaian sendiri yoyo~! Macam nih baru adil! Dan ya, like always, ak ada cerita nyer utk penuhkan koleksi ak~~
Itu sje utk mse nih, ak AkiM dan ini adalah AYAT DARI SINI, YO!!! Salam dan MARI MAKAN CANAI!!!

No comments: